Surat Perjanjian Jual Beli / Sale & Purchase Agreement

Oleh Ross Aziz RESCOM  Surat Perjanjian Jual Beli / Sale & Purchase Agreement spSurat Perjanjian Jual-Beli adalah dokumen yang ditandatangi oleh penjual dan pembeli semasa mula-mula anda membeli rumah. Sekiranya anda membeli rumah daripada pemaju, penjual adalah nama pemaju itu. Sekiranya anda membeli rumah daripada orang perseorangan (rumah second hand atau sub-sale), penjual adalah nama orang perseorangan tersebut. Pada muka hadapan surat perjanjian jual-beli ini, biasanya akan tertera nama penjual, pembeli dan peguam yang menguruskan urusan jual-beli rumah anda. Surat perjanjian ini memang tebal. Berpuluh muka surat, tapi anda cuma perlu kemukakan muka surat yang penting sahaja iaitu :

  1. Muka hadapan – Menunjukkan nama penjual, pembeli dan peguam
  2. Muka pertama atau kedua – Menunjukkan muka surat yang di “Stamp”
  3. Muka surat pelan rumah – Menunjukkan pelan rumah beserta dimensinya
  4. Muka surat yang ditandatangani oleh penjual dan pembeli
  5. Muka surat yang menunjukkan maklumat  terperinci rumah anda

Anda suka artikel ini ? Forward dan kongsikan dengan rakan-rakan anda. Mengenai Penulis Ross Aziz adalah ejen hartanah sepenuh masa di bawah agensi RESCOM Realty. Untuk senarai hartanah sila layari www.hartanahguru.com. Anda juga dialu-alukan untuk berinteraksi dengan Ross Aziz di www.facebook.com/hartanahguru.

Trackbacks

  1. […] Surat Perjanjian Jual-Beli […]

Leave a Reply to DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK MENJUAL RUMAH Cancel reply

*

Copyright by Ross Aziz Consultancy