KL South – KLIA2 Booster Hartanah Salak Tinggi

KL South – KLIA2

KLIA 2

Ketahui bagaimana booster hartanah mempengaruhi harga hartanah

KL South – KLIA2

KLIA2 adalah terminal penerbangan tambang murah yang baru di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Malaysia. Terminal ini terletak 2 kilometer dari Bangunan Utama Terminal KLIA (MTB). KLIA2 dibina untuk menampung pertumbuhan pesat dalam pelancongan tmabang murah di rantau ini dan akan menggantikan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT). KLIA2 dibuka pada Mei 2, 2014 dan semua operasi penerbangan di LCCT tealh berpindah ke KLIA2 pada Mei 9, 2014

Bakal menjadi penanda aras global, KLIA2 merealisasikan konsep ‘Hab Generasi Akan Datang’ yang akan memudahkan sambungan antara penerbangan perkhidmatan penuh dengan penerbangan kos rendah. Ia akan menjadi satu-satunya terminal mega khusus di dunia yang memberikan perkhidmatan kepada industri penerbangan kos rendah yang kian berkembang pesat di rantau ini.

KLIA2 direka bentuk dengan mempertimbangkan aspek kefleksibelan untuk membolehkan ia berkembang bagi menampung trend pertumbuhan dan model operasi syarikat penerbangan pada masa hadapan. Keteguhannya pasti akan dapat menyokong industri penerbangan global yang sentiasa berkembang dan bersifat dinamik.

Salah sebuah lapangan terbang pertama di dunia yang membolehkan sambungan antara syarikat penerbangan perkhidmatan penuh dengan kos rendah, KLIA2 mempunyai kemudahan pemprosesan terpusat serta kemudahan bagasi dan pengendalian yang automatik sepenuhnya.

Lagi Tips Hartanah KLIA :

Kuala Lumpur International Outlet – KLIO
Mitsui Outlet Park – MOP
Kompleks Tabung Haji KLIA
Xiamen University Malaysia Campus
Lebuhraya Paroi – Senawang – KLIA – Salak Tinggi (SKLIA)
Exit Ampar Tenang
KLIA Aeropolis
KLIA 2
Serenia City
Saujana KLIA
Bandar Puteri Warisan
Salak Perdana

=====================================================================

Siapa Aziz Ahmad

Aziz Ahmad ialah pengasas Hartanahguru dan ejen hartanah berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah (LPPEH). Beliau juga adalah Pengurus di RESCOM Realty dan Ketua RESCOM Research. Beliau sering bergandingan bersama pasangannya Ross RESCOM dan dikenali sebagai Ross Aziz RESCOM. Dengan pengalaman bersama lebih dari 14 tahun dalam bidang hartanah, beliau telah membantu ramai klien membeli dan menjual hartanah idaman mereka. Aziz RESCOM juga sering memberi ceramah dan seminar berkaitan hartanah di pentas-pentas ekspo hartanah dan majlis pemaju. Untuk mendapatkan lebih banyak lagi tip hartanah, sila layari www.hartanahguru.com.

Follow Facebook Aziz Ahmad

Speak Your Mind

*

Copyright by Ross Aziz Consultancy