KL South – Kuala Lumpur International Outlet (KLIO)
Kuala Lumpur International Outlet – KLIO
Mungkin ramai yang dah pernah pergi Mitsui Outlet Park dekat KLIA. Tapi tak perasan ada satu lagi factory outlet, Kuala Lumpur International Outlet – KLIO yang sedang dibina 10km dari KLIA.
Projek usahasama Horizon Outlet Shoppes Sdn Bhd dari USA dengan Mainstay Holding Sdn Bhd, pemaju dan kontraktor Sime Darby di atas tanah 40 ekar yang dibeli dari Sime Darby Ampar Tenang Estate. Tanah ini adalah sebahagian daripada projek mega Sime Darby seluas lebih 2,200 ekar – Serenia City.
Lokasinya sangat strategik di persimpangan Lebuhraya ELITE dan Lebuhraya B15 Cyberjaya-KLIA. Tidak jauh dari Xiamen University yang sedang dalam pembinaan dan UiTM Dengkil yang akan dibuka tak lama lagi.
Dikelilingi oleh Township yang sudah dan bakal dibuka antaranya Kota Warisan, Saujana KLIA (Glomac), Puteri Warisan (IOI Properties), KIP Sentral, Sunsuria City (Sunsuria), Serenia City (Sime Darby), Projek I&P dan Salak Perdana (Paramount).
Ada 6 Premium Outlet seumpama ini yang telah dan akan dibina.
JPO di Johor Baru, PDV di Pulau Pinang, A’Famosa Outlet Village di Melaka, Genting Highland, MOP di KLIA dan KLIO di KLIA.
Apa pentingnya Premium Outlet ni kepada pasaran hartanah di sekeliling ?
70% pengunjung akan datang dari pengunjung tempatan dan 30% akan datang dari pelancong. Seperti juga hypermarket, Premium Outlet akan menjadi Pemangkin baru bagi merancakkan lagi pasaran hartanah di sekitar.
Lagi Tips Hartanah KLIA :
Kuala Lumpur International Outlet – KLIO
Mitsui Outlet Park – MOP
Kompleks Tabung Haji KLIA
Xiamen University Malaysia Campus
Lebuhraya Paroi – Senawang – KLIA – Salak Tinggi (SKLIA)
Exit Ampar Tenang
KLIA Aeropolis
KLIA 2
Serenia City
Saujana KLIA
Bandar Puteri Warisan
Salak Perdana
=====================================================================
Siapa Aziz RESCOM
Aziz RESCOM ialah pengasas Hartanahguru dan ejen hartanah berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah (LPPEH). Beliau juga adalah Pengurus di RESCOM Realty dan Ketua RESCOM Research. Beliau sering bergandingan bersama pasangannya Ross RESCOM dan dikenali sebagai Ross Aziz RESCOM. Dengan pengalaman bersama lebih dari 14 tahun dalam bidang hartanah, beliau telah membantu ramai klien membeli dan menjual hartanah idaman mereka. Aziz RESCOM juga sering memberi ceramah dan seminar berkaitan hartanah di pentas-pentas ekspo hartanah dan majlis pemaju. Untuk mendapatkan lebih banyak lagi tip hartanah, sila layari www.hartanahguru.com.
Like us on Facebook