KL South – Mitsui Outlet Park – MOP KLIA

KL South – Mitsui Outlet Park – MOP KLIA

Mitsui Outlet Park - MOP KLIA

 

KL South – Mitsui Outlet Park – MOP KLIA

Bulan Mei 2015 yang lepas Grand Opening Mitsui Outlet Park dekat KLIA 2. Parking kereta penuh. Orang ramai beratur nak masuk sesetengah kedai barang2 Branded dengan harga diskaun giler-giler.

Projek usahasama Mitsui Fudosan Co. Ltd dari Jepun dan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) di atas tanah MAHB dibina oleh Mitsui dan kemudian disewakan oleh Mitsui kepada pekedai. Projek ini adalah sebahagian daripada Projek KLIA Aeropolis seluas lebih 6,600 ekar oleh MAHB.

Lokasinya sangat strategik dekat KLIA 2 dan Litar Sepang. Boleh sampai ke sana melalui Lebuhraya ELITE ke KLIA atau Lebuhraya Nilai-KLIA jika anda dari Lebuhraya PLUS. Stesen ERL KLIA dan Salak Tinggi pun dekat.

Di sekeliling MOP ada banyak projek Mega yang sudah dan akan dibina antaranya Kota Warisan, Saujana KLIA (Glomac), Puteri Warisan (IOI Properties), Sunsuria City (Sunsuria), Serenia City (Sime Darby), Projek I&P, KIP Sentral dan Salak Perdana (Paramount).

Ada 6 Premium Outlet seumpama ini yang telah dan akan dibina.
JPO di Johor Baru, PDV di Pulau Pinang, A’Famosa Outlet Village di Melaka, Genting Highlang, MOP di KLIA dan KLIO di KLIA.

Apa pentingnya Premium Outlet ni kepada pasaran hartanah di sekeliling ?

70% pengunjung akan datang dari pengunjung tempatan dan 30% akan datang dari pelancong. Seperti juga hypermarket, Premium Outlet akan menjadi Pemangkin baru bagi merancakkan lagi pasaran hartanah di sekitar.

Lagi Tips Hartanah KLIA :

Kuala Lumpur International Outlet – KLIO
Mitsui Outlet Park – MOP
Kompleks Tabung Haji KLIA
Xiamen University Malaysia Campus
Lebuhraya Paroi – Senawang – KLIA – Salak Tinggi (SKLIA)
Exit Ampar Tenang
KLIA Aeropolis
KLIA 2
Serenia City
Saujana KLIA
Bandar Puteri Warisan
Salak Perdana

=====================================================================

Siapa Aziz RESCOM

Aziz RESCOM ialah pengasas Hartanahguru dan ejen hartanah berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah (LPPEH). Beliau juga adalah Pengurus di RESCOM Realty dan Ketua RESCOM Research. Beliau sering bergandingan bersama pasangannya Ross RESCOM dan dikenali sebagai Ross Aziz RESCOM. Dengan pengalaman bersama lebih dari 14 tahun dalam bidang hartanah, beliau telah membantu ramai klien membeli dan menjual hartanah idaman mereka. Aziz RESCOM juga sering memberi ceramah dan seminar berkaitan hartanah di pentas-pentas ekspo hartanah dan majlis pemaju. Untuk mendapatkan lebih banyak lagi tip hartanah, sila layari www.hartanahguru.com.

Like us on Facebook

Hartanahguru FB Cover

Speak Your Mind

*

Copyright by Ross Aziz Consultancy