20 Tips Untuk Pembeli Rumah Pertama

1 – Pastikan Lokasi
Pastikan dahulu lokasi di mana anda nak beli rumah pertama anda dan kenapa anda memilih lokasi tersebut. Adakah anda memilih lokasi tersebut kerana dekat dengan tempat kerja anda atau pasangan anda, atau kerana dekat dengan rumah mak bapak anda atau sebagainya

2 – Pastikan Bajet
Pastikan dulu berapa kelayakan anda untuk membuat pinjaman rumah. Setelah tahu kelayakan dan kemampuan anda, baru anda boleh bajet berapa harga rumah yang anda mampu beli

3 – Pastikan Kemudahan Keperluan Anda
Pastikan apa kemudahan-kemudahan yang anda benar-benar perlukan. Mungkin anda memang benar-benar perlukan rumah yang dekat dengan surau kerana ibu bapa anda tinggal bersama anda dan dia suka pergi ke surau

4 – Kira Kos Mula Membeli Rumah
Kira semua kos-kos yang terlibat untuk mula membeli rumah. Kos-kos ini termasuk deposit, guaman, MOT dan sebagainya

5 – Kira Kos Pembaikan
Kira juga kos-kos untuk membaikpulih rumah tersebut jika rumah tersebut dibeli dalam keadaan yang rosak sana-sini

6 – Kira Kos Penyelenggaraan
Kira kos yang perlu anda tanggung setiap bulan selain daripada kos bayaran balik kepada bank. Kos ini termasuk kos penyelenggaraan dan insurance

7 – Kira Kos Pengangkutan
Kira kos pengangkutan untuk anda dan pasangan anda pergi balik kerja. Kira kos minyak dan tol. Kira jugak kos menghantar anak-anak anda pergi ke sekolah

8 – Fahami kandungan Surat Tawaran Pembelian
Sebelum anda menandatangi Surat Tawaran Pembelian, fahami dulu isi kandungan surat tersebut. Tanya ejen hartanah yang anda berurusan sekiranya ada perkara yang anda tidak pasti

9 – Periksa Rekod CCRIS Dan CTOS
Periksa dahulu rekod CCRIS dan CTOS anda sebelum anda membuat permohonan pinjaman. Sekiranya CCRIS atau CTOS anda tak “cantek”, cantikkan dulu untuk selama sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum anda memohon pinjaman

10 – Sediakan Dokumen Pinjaman
Sediakan semua dokumen-dokumen yang diperlukan untuk membuat pinjaman. Untuk individu, dokumen yang penting ialah slip gaji 3 bulan, penyata bank 3 bulan, penyata KWSP terkini, Borang B, Borang EA, surat pengesahan jawatan, penyata simpanan Tabung Haji atau ASB jika ada

Dapatkan ebook Anak Dara Beli Rumah ‘Sub-Sale’ Sekarang. Klik Sini

11 – Kenalpasti Jenis Pinjaman Dan Bank
Selidik beberapa jenis pinjaman daripada beberapa bank untuk mendapatkan pinjaman yang terbaik mengikut profil peribadi anda

12 – Kenalpasti Peguam
Cari peguam hartanah yang mempunyai rekod cemerlang dalam menguruskan transaksi jual beli hartanah. Jangan cari peguam sebab dia kawan anda semata-mata

13 – Bersedia Untuk Komit
Pinjaman rumah adalah tanggungan terbesar dalam perbelanjaan anda. Ia juga adalah komitmen paling lama dalam hidup anda. Jika anda sekarang menyewa RM1,000 dan anda bercadang untuk membeli rumah sendiri dengan tanggungan RM2,000, pastikan keputusan anda ini betul di landasannya

14 – Bersedia dengan Exit Strategi
Walaupun anda membeli rumah dan bercadang untuk tinggal sehingga pencen, fikirkan apa yang anda akan buat dengan rumah anda sekiranya anda ditakdirkan perlu berpindah rumah selepas beberapa tahun atas sesuatu sebab. Adakah anda boleh sewakan rumah itu dengan aliran tunai positif atau adakah anda boleh jual balik rumah tersebut dengan harga yang lebih tinggi

15 – Meletakkan Deposit Bukannya Idea Buruk
Ada pembeli yang sudah bersedia dengan deposit tetapi mengambil pinjaman 100% dan menggunakan deposit tersebut untuk membuat pelaburan lain dengan harapan akan dapat pulangan lebih tinggi. Tetapi pelaburan tersebut akhirnya mengalami kerugian. Kalau anda sudah meletakkan deposit, pinjaman anda pasti lebih rendah, tanggungan bulanan anda pasti lebih rendah dan faedah anda pasti lebih rendah

16 – Cari Pembiayaan Bantuan
Cuba survey jenis-jenis pembiayaan yang disediakan oleh agensi-agensi kerajaan untuk pembeli rumah pertama. Periksa kelayakan dan syarat-syarat untuk pembiayaan tersebut. Pembiayaan ini termasuk MyDeposit dan sebagainya

17 – Periksa Status Rumah
Periksa dahulu status rumah tersebut melalui dokumen-dokumen seperti surat perjanjian jual beli atau geran. Jika statusnya pajakan, berapa tahun lagi baki pajakannya, geran induk atau geran individu, lot bumi atau lot terbuka

18 – Ketahui Prosedur Membeli Rumah
Tanya ejen hartanah anda apakah prosedur-prosedur yang terlibat do sepanjang proses pembelian rumah tersebut dari saat anda membayar deposit sehingga anda mendapat kunci. Pastikan berapa lama tempoh yang diambil untuk selesai transaksi pembelian rumah anda

19 – Kenalpasti Jenis Insurans
Kaji beberapa jenis insurans yang anda boleh ambil untuk melindungi pinjaman dan rumah anda. Insurans ini perlu memenuhi matlamat dan bajet anda. Ada insurans yang sesuai untuk rumah yang hendak disimpan lama dan ada yang sesuai untuk rumah yang hendak dijual dalam masa terdekat

20 – Jangan Ragu-Ragu
Apabila anda sudah jumpa rumah yang memenuhi kriteri anda, jangan ambil masa terlalu lama untuk mendapat pendapat dan pandangan orang-orang lain dan lambat membuat keputusan. Jangan tunggu dan lihat kalau-kalau harga pasaran akan menurun atau ekonomi akan turun kerana hartanah yang sangat baik takkan kekal lama.

5 Perkara Saya Jangkakan Dalam Hartanah Tahun 2017

1. Tahun yang bagus untuk penyewa

Tahun 2017 akan menyaksikan banyak rumah baru akan siap. Ramai pemilik rumah akan berada dalam keadaan terdesak untuk bersaing mencari penyewa. Ketika rumah sewa lebih banyak daripada penyewa, tuan rumah terpaksa berperang memberikan harga yang lebih rendah daripada jiran, walaupun pada harga yang lebih rendah daripada apa yang tuan rumah ini perlu bayar kepada bank. Penyewa akan ada lebih banyak pilihan dan peluang untuk berunding kadar sewa dengan tuan rumah.

2. Rumah mampu milik akan menjadi trend

Apabila pasaran hartanah naik pada tahun 2010-2014, hampir apa saja yang dijual oleh pemaju akan habis direbut. Melihat kepada pasaran ekonomi yang baik ketika itu, banyak pemaju membina rumah ‘High End’ yang berharga lebih RM1,000,000. Tetapi malangnya tahun 2015 dan 2016, bila rumah-rumah ‘High End’ ini siap, ekonomi tidak lagi sihat seperti sebelumnya. Akibatnya telah ada banyak lambakan rumah-rumah ‘High End’ sehinggakan ada projek yang sudah siap dengan CCC (Sijil Kelayakan Menduduki) tetapi masih ada unit yang tidak terjual lagi.

Melihat kepada fenomena ini, pemaju akan beralih arah membina lebih banyak rumah mampu milik yang mendapat permintaan yang tinggi berbanding segmen produk  yang lain. Ini ditambah pula dengan galakan daripada kerajaan untuk pemaju membina lebih banyak rumah mampu milik.

3. Saiz rumah lebih kecil

Tatkala pemaju akan banyak menyediakan rumah mampu milik dengan harga yang lebih murah daripada projek-projek sebelum ini, akan ada tekanan kepada pemaju untuk mengurangkan kos. Salah satu tindakan yang akan diambil oleh pemaju untuk mengurangkan kos dan membuatkan unit-unit mereka lebih mampu milik ialah dengan menawarkan rumah yang berkeluasan lebih kecil.

Sebelum tahun 2009, saiz apartment yang berukuran 1,100 kps menjadi kelaziman. Pada tahun 2010-2015 saiz 900 kps pula sudah boleh diterima oleh pembeli. Tahun 2017 ke atas akan menyaksikan lebih banyak unit yang ditawarkan dengan keluasan antara 700-900 kps.

4. Selatan Greater KL lebih menjadi tumpuan

Melihat kepada harga hartanah yang semakin tinggi di dalam Kuala Lumpur, pembeli akan mencari rumah yang lebih mampu untuk dimiliki. Bagi pembeli yang inginkan rumah-rumah bertanah seperti rumah teres, mereka ada pilihan yang banyak di kawasan Selatan Greater KL. Kawasan Selatan Greater KL ini meliputi kawasan di selatan lebuhraya SILK dan SKVE yang meliputi kawasan Kajang, Semenyih, Bangi, Cyberjaya, Salak Tinggi dan Nilai. Banyak projek-projek pemaju akan siap pada tahun 2017.

Kemudahan infrastruktur baru yang akan siap dan akan mula dibina akan lebih mengiurkan pembeli untuk membeli rumah di kawasan Selatan Greater KL. Antara infrastruktur yang akan siap ialah MRT SBK Sg Buloh-Kajang yang akan siap pada pertengahan tahun 2017 dan MRT SSP Sg Buloh-Serdang-Putrajaya yang akan siap pada tahun 2022.

PERCUMA ! TEKNIK LANGSAI HUTANG RUMAH 10 TAHUN         >> KLIK SINI <<

5. Peminjam rumah perlu prihatin kepada perubahan kadar faedah

Semenjak 2009 kadar faedah telah naik dan naik seperti tak nak jatuh. Sehinggalah apabila Gabenor Bank Negara Muhammad Ibrahim mula mengambil alih jawatan daripada Zetty Akhtar Aziz, perkara pertama yang beliau lakukan ialah menurunkan OPR (Overnight Policy Rate) kepada 3% menyebabkan kadar faedah mula turun sedikit setelah sekian lama.

Tahun 2017 sangat sukar diramal samada Bank Negara akan mengubah OPR atau tidak ekoran ketidaktentuan dalam politik negara. Ini telah terbukti berlaku sebelum PRU ke-13 yang lalu di mana banyak ura-ura Bank Negara akan mengubah OPR tetapi akhirnya tidak menjadi kenyataan sehinggalah selesai PRU ke-13.

Peminjam pinjaman rumah perlu peka dengan perubahan OPR ini kerana jika mereka tidak bertindak sepatutnya sekiranya OPR berubah, mereka boleh kerugian sehingga berpuluh ribu ringgit atas faedah. Sekiranya OPR berubah yang menyebabkan kadar faedah juga berubah, peminjam harus membuat penyelarasan bayaran bulanan mereka.

Tips Hartanah – Lebuhraya CSR Kuala Lumpur – Kota Bharu

image

Untungla Orang Kelantan

Bila dah siap lebuhraya CSR KL – KB melalui Merapoh ni nanti boleh la balik raya ke Kelantan kurang dari 24jam perjalanan berasap dalam kereta macam sekarang 🙂

Saper nak tips hartanah lagi ?

Follow Facebook Aziz Ahmad

Pasaran Hartanah 2016

image

Angin Sudah Bertukar Arah

Satu statement yang saya dengar daripada ramai property speaker ialah dalam tempoh 6 bulan tahun ini, bulan ini menyaksikan paling ramai orang hadir ke property talk.

image

image

image

Mungkin ini petanda ramai orang sudah mula berani masuk semula ke pasaran hartanah.
Mungkin separuh masa kedua tahun ni lebih banyak rumah terjual.

Tapi sebelum beli rumah, belajar dulu la yer. Jangan nanti angan2 nak melabur dalam hartanah tapi akhirnya melebur dalam hartanah.

Follow Facebook Aziz Ahmad

Tips Hartanah – Train Baru LRT Kelana Jaya

image

Train LRT baru yang akan digunakan di Kelana Jaya line extension bermula 30 Jun ini.

Gerabak LRT yang lama kalau buat rumah compact best jugak kan ?

Saper nak lagi tips hartanah ?

Follow Facebook Aziz Ahmad

Tips Hartanah – KIP Sentral Booster Hartanah Salak Tinggi

image

Untung la orang Kota Warisan
========================

Tak lama lagi Kip Sentral @ Sepang akan siap. 10 min jer dari KLIA.

4 tahun lepas rumah flat low cost di Kota Warisan boleh beli RM40K. Sekarang dah RM100K.

Untungla awak…

Saper nak tips lagi ?

Follow Facebook Aziz Ahmad

Tips Hartanah – Xiamen University Booster Hartanah di Salak Tinggi

image

Untungla orang kat KLIA
====================

Tak lama lagi Xiamen University akan siap. 1st batch 168 orang dah ada. 2nd batch 300 dah ada. Hujung tahun ni akan ada 1400 student.

September ni Sunsuria akan launch apartment Olive sebelah Xiamen University. Harga dari RM383,999.

Nak lagi tips hartanah ?

Follow Facebook Aziz Ahmad

### Sila berikan komen anda di bawah

Ejen Hartanah Berpengalaman Shah Alam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sudah tentu anda tidak boleh menilai kecekapan ejen hartanah itu jika anda tidak mengenalinya secara peribadi. Tapi anda boleh menilai tahap kecekapan dan profesionalisma mereka melalui perkara-perkara berikut :

1. Anda Google ‘search’ nombor telefon ejen hartanah tersebut. Gunakan beberapa kombinasi nombor telefon seperti berikut kerana kadang-kadang mereka menggunakan format nombor yang berbeza.

Contoh jika no telefonnya 0123456789, gunakan kombinasi nombor ini:

0123456789

012 3456789

012 345 6789

012 3456 789

012-3456789

012-345 6789

012-3456 789

Jika anda menggunakan satu kaedah sahaja, anda mungkin tidak jumpa maklumat ejen hartanah tersebut. Lihat jumlah ‘Found’ hasil carian anda. Bandingkannya dengan ejen-ejen hartanah yang lain. Daripada jumlah ini anda dapat bayangkan betapa aktifnya ejen hartanah tersebut menggunakan internet marketing sebagai medium pemasarannya.

90% pembeli memulakan carian rumah untuk dibeli di internet. Bayangkan betapa besarnya pengaruh internet dan betapa pentingnya ejen hartanah itu menonjolkan diri mereka di dunia internet ini.

google search 1 1

2. Anda Google ‘search’ nama ejen hartanah tersebut dan lihat berapa jumlah carian

google search 2 1

Kami Mengalu-alukan anda untuk LIKE facebook page Hartanahguru dan berinteraksi dengan kami di sana.Terima kasih kerana sudi menjadi Fan kami.

Hartanahguru FB Cover

Ejen Hartanah Berpengalaman Bandar Baru Nilai

Ejen Hartanah Berpengalaman Seri Kembangan

Copyright by Ross Aziz Consultancy