Tips Hartanah : Semenyih South – Lebuhraya LEKAS Booster Hartanah

Lebuhraya LEKAS

Lebuhraya LEKAS

Ketahui bagaimana booster hartanah seperti Lebuhraya Lekas mempengaruhi harga hartanah

Lebuhraya LEKAS

Hartanah Semenyih pernah berada dalam kegelapan selama lebih kurang 10 tahun. Saya panggil peristiwa ini “Semenyih Sedekad dalam kegelapan”. Siapa yang beli rumah di Bandar Rinching atau Bandar Tasik Kesuma pada permulaannya ramai yang kecewa sebab harga rumah mereka tak naik harga pun. Sewa pun rendah. Ramai yang menjual rumah mereka pada harga rugi. Ada yang terpaksa menjual rumah mereka kerana tak sanggup lagi membayar hutang bank.

Sehingga Lebuhraya dibuka pada tahun 2009. Lebuhraya LEKAS menjadi “Booster” atau Pemangkin baru kepada pasaran hartanah di Semenyih. Semenjak itu, harga rumah di Semenyih mula naik.

Antara yang mendapat tempias daripada “Booster” ini ialah Bandar Rinching, Bandar Tasik Kesuma dan Pelangi Semenyih.

Lebuhraya LEKAS telah membuatkan Semenyih terasa dekat untuk dihubungi dari Kuala Lumpur dan Seremban. Perjalanan ke Putrajaya, Bangi, Nilai dan Seri Kembangan menjadi lebih mudah dan menyenangkan. Pelaburan besar ini nampaknya dah berbaloi-baloi untuk penduduk Semenyih.

Tips Hartanah :
Rumah yang dekat dekat tol atau jalan keluar/masuk ke lebuhraya lebih bernilai daripada rumah yang terletak berdekatan atau sebelah lebuhraya.

Lagi Tips Hartanah Semenyih :

Tesco Semenyih
Lebuhraya LEKAS
Tol Semenyih
Tol EcoMajestic
Semenyih South Bypass

=====================================================================

Siapa Aziz Ahmad

Aziz Ahmad ialah pengasas Hartanahguru dan ejen hartanah berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah (LPPEH). Beliau juga adalah Pengurus di RESCOM Realty dan Ketua RESCOM Research. Beliau sering bergandingan bersama pasangannya Ross RESCOM dan dikenali sebagai Ross Aziz RESCOM. Dengan pengalaman bersama lebih dari 14 tahun dalam bidang hartanah, beliau telah membantu ramai klien membeli dan menjual hartanah idaman mereka. Aziz Ahmad juga sering memberi ceramah dan seminar berkaitan hartanah di pentas-pentas ekspo hartanah dan majlis pemaju. Untuk mendapatkan lebih banyak lagi tip hartanah, sila layari www.hartanahguru.com.

Follow Facebook Aziz Ahmad

AZIZ advisor

Copyright by Ross Aziz Consultancy