Tips Hartanah : Semenyih South – Semenyih South Bypass Booster Hartanah

Semenyih South – Semenyih South Bypass

Semenyih South Bypass

Ketahui bagaimana booster hartanah seperti Semenyih South Bypass mempengaruhi harga hartanah

Semenyih South – Semenyih South Bypass

Hartanah Semenyih pernah berada dalam kegelapan selama lebih kurang 10 tahun. Saya panggil peristiwa ini “Semenyih Sedekad dalam kegelapan”. Siapa yang beli rumah di Bandar Rinching atau Bandar Tasik Kesuma pada permulaannya ramai yang kecewa sebab harga rumah mereka tak naik harga pun. Sewa pun rendah. Ramai yang menjual rumah mereka pada harga rugi. Ada yang terpaksa menjual rumah mereka kerana tak sanggup lagi membayar hutang bank.

Sehingga Lebuhraya dibuka pada tahun 2009. Lebuhraya LEKAS menjadi “Booster” atau Pemangkin baru kepada pasaran hartanah di Semenyih. Semenjak itu, harga rumah di Semenyih mula naik.Lebuhraya LEKAS telah membuatkan Semenyih terasa dekat untuk dihubungi dari Kuala Lumpur dan Seremban. Perjalanan ke Putrajaya, Bangi, Nilai dan Seri Kembangan menjadi lebih mudah dan menyenangkan.

Tak lama lagi tol Ecomajestic akan dibuka di Perbandaran baru Ecoworld iaitu Ecomajestic. Tol ini akan memberi akses terus dari Lebuhraya Lekas ke Ecomajestic dan keluar di Selatan Bandar Tasik Kesuma dan utara Semenyih South.

Semenyih South Bypass atau Jalan Pintas ke Semenyih South pula akan dibina meneruskan perhubungan jalan dari Ecomajestic ke Ecomajestic dan terus ke Semenyih South. Jalan pintas ini akan menjadi “Booster” atau Pemangkin baru untuk pembangunan hartanah di Semenyih. Antara yang mendapat kesan terus daripada “Booster” ini ialah Semenyih South.

Tips Hartanah :
“Booster” sangat diperlukan dalam pasaran hartanah yang tidak menentu. Kaji “Booster” yang akan dibina di kawasan sekitar rumah yang anda ingin beli supaya harga rumah anda nanti boleh naik dan memberi pulangan pelaburan. Kaji juga kebarangkalian dan kesan jika “Booster” tersebut tidak menjadi.

Lagi Tips Hartanah Semenyih :

Tesco Semenyih
Lebuhraya LEKAS
Tol Semenyih
Tol EcoMajestic
Semenyih South Bypass

=====================================================================

Siapa Aziz Ahmad

Aziz Ahmad ialah pengasas Hartanahguru dan ejen hartanah berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah (LPPEH). Beliau juga adalah Pengurus di RESCOM Realty dan Ketua RESCOM Research. Beliau sering bergandingan bersama pasangannya Ross RESCOM dan dikenali sebagai Ross Aziz RESCOM. Dengan pengalaman bersama lebih dari 14 tahun dalam bidang hartanah, beliau telah membantu ramai klien membeli dan menjual hartanah idaman mereka. Aziz RESCOM juga sering memberi ceramah dan seminar berkaitan hartanah di pentas-pentas ekspo hartanah dan majlis pemaju. Untuk mendapatkan lebih banyak lagi tip hartanah, sila layari www.hartanahguru.com.

Follow Facebook Aziz Ahmad

AZIZ advisor

Speak Your Mind

*

Copyright by Ross Aziz Consultancy