Oleh Ross Aziz RESCOM
Bayaran Guaman Semasa Menjual Rumah
Jika rumah anda sudah ada pembeli, anda ada pilihan sama ada untuk melantik peguam bagi pihak anda atau tidak. Ini adalah untuk menjaga kepentingan anda dalam proses jual-beli tersebut. Sekiranya anda tidak mahu melantik peguam, anda boleh tumpang peguam pembeli. Peguam ini akan memastikan pinjaman anda yang masih berbaki dilunaskan dahulu sebelum anda mendapat baki duit bayaran pihak pembeli kepada anda. Kos untuk ini selalunya dalam lingkungan beberapa ribu ringgit sahaja bergantung kepada harga jualan. Sekiranya anda melantik peguam untuk menjaga kepentingan anda dalam urusan jual beli ini, kos nya adalah dalam lingkungan 3% daripada harga jualan. Sila rujuk kepada peguam anda untuk kos yang tepat dan terperinci. Bayaran guaman ini adalah termasuk bayaran peguam, duti setem (jika berkaitan) dan segala kos yang berkaitan dengan proses tukar hakmilik.
Anda suka artikel ini ? Forward dan kongsikan dengan rakan-rakan anda.
Mengenai Penulis
Ross Aziz adalah ejen hartanah sepenuh masa di bawah agensi RESCOM Realty. Untuk senarai hartanah sila layari www.hartanahguru.com. Anda juga dialu-alukan untuk berinteraksi dengan Ross Aziz di www.facebook.com/hartanahguru.