1 – Pastikan Lokasi
Pastikan dahulu lokasi di mana anda nak beli rumah pertama anda dan kenapa anda memilih lokasi tersebut. Adakah anda memilih lokasi tersebut kerana dekat dengan tempat kerja anda atau pasangan anda, atau kerana dekat dengan rumah mak bapak anda atau sebagainya
2 – Pastikan Bajet
Pastikan dulu berapa kelayakan anda untuk membuat pinjaman rumah. Setelah tahu kelayakan dan kemampuan anda, baru anda boleh bajet berapa harga rumah yang anda mampu beli
3 – Pastikan Kemudahan Keperluan Anda
Pastikan apa kemudahan-kemudahan yang anda benar-benar perlukan. Mungkin anda memang benar-benar perlukan rumah yang dekat dengan surau kerana ibu bapa anda tinggal bersama anda dan dia suka pergi ke surau
4 – Kira Kos Mula Membeli Rumah
Kira semua kos-kos yang terlibat untuk mula membeli rumah. Kos-kos ini termasuk deposit, guaman, MOT dan sebagainya
5 – Kira Kos Pembaikan
Kira juga kos-kos untuk membaikpulih rumah tersebut jika rumah tersebut dibeli dalam keadaan yang rosak sana-sini
6 – Kira Kos Penyelenggaraan
Kira kos yang perlu anda tanggung setiap bulan selain daripada kos bayaran balik kepada bank. Kos ini termasuk kos penyelenggaraan dan insurance
7 – Kira Kos Pengangkutan
Kira kos pengangkutan untuk anda dan pasangan anda pergi balik kerja. Kira kos minyak dan tol. Kira jugak kos menghantar anak-anak anda pergi ke sekolah
8 – Fahami kandungan Surat Tawaran Pembelian
Sebelum anda menandatangi Surat Tawaran Pembelian, fahami dulu isi kandungan surat tersebut. Tanya ejen hartanah yang anda berurusan sekiranya ada perkara yang anda tidak pasti
9 – Periksa Rekod CCRIS Dan CTOS
Periksa dahulu rekod CCRIS dan CTOS anda sebelum anda membuat permohonan pinjaman. Sekiranya CCRIS atau CTOS anda tak “cantek”, cantikkan dulu untuk selama sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum anda memohon pinjaman
10 – Sediakan Dokumen Pinjaman
Sediakan semua dokumen-dokumen yang diperlukan untuk membuat pinjaman. Untuk individu, dokumen yang penting ialah slip gaji 3 bulan, penyata bank 3 bulan, penyata KWSP terkini, Borang B, Borang EA, surat pengesahan jawatan, penyata simpanan Tabung Haji atau ASB jika ada
Dapatkan ebook Anak Dara Beli Rumah ‘Sub-Sale’ Sekarang. Klik Sini
11 – Kenalpasti Jenis Pinjaman Dan Bank
Selidik beberapa jenis pinjaman daripada beberapa bank untuk mendapatkan pinjaman yang terbaik mengikut profil peribadi anda
12 – Kenalpasti Peguam
Cari peguam hartanah yang mempunyai rekod cemerlang dalam menguruskan transaksi jual beli hartanah. Jangan cari peguam sebab dia kawan anda semata-mata
13 – Bersedia Untuk Komit
Pinjaman rumah adalah tanggungan terbesar dalam perbelanjaan anda. Ia juga adalah komitmen paling lama dalam hidup anda. Jika anda sekarang menyewa RM1,000 dan anda bercadang untuk membeli rumah sendiri dengan tanggungan RM2,000, pastikan keputusan anda ini betul di landasannya
14 – Bersedia dengan Exit Strategi
Walaupun anda membeli rumah dan bercadang untuk tinggal sehingga pencen, fikirkan apa yang anda akan buat dengan rumah anda sekiranya anda ditakdirkan perlu berpindah rumah selepas beberapa tahun atas sesuatu sebab. Adakah anda boleh sewakan rumah itu dengan aliran tunai positif atau adakah anda boleh jual balik rumah tersebut dengan harga yang lebih tinggi
15 – Meletakkan Deposit Bukannya Idea Buruk
Ada pembeli yang sudah bersedia dengan deposit tetapi mengambil pinjaman 100% dan menggunakan deposit tersebut untuk membuat pelaburan lain dengan harapan akan dapat pulangan lebih tinggi. Tetapi pelaburan tersebut akhirnya mengalami kerugian. Kalau anda sudah meletakkan deposit, pinjaman anda pasti lebih rendah, tanggungan bulanan anda pasti lebih rendah dan faedah anda pasti lebih rendah
16 – Cari Pembiayaan Bantuan
Cuba survey jenis-jenis pembiayaan yang disediakan oleh agensi-agensi kerajaan untuk pembeli rumah pertama. Periksa kelayakan dan syarat-syarat untuk pembiayaan tersebut. Pembiayaan ini termasuk MyDeposit dan sebagainya
17 – Periksa Status Rumah
Periksa dahulu status rumah tersebut melalui dokumen-dokumen seperti surat perjanjian jual beli atau geran. Jika statusnya pajakan, berapa tahun lagi baki pajakannya, geran induk atau geran individu, lot bumi atau lot terbuka
18 – Ketahui Prosedur Membeli Rumah
Tanya ejen hartanah anda apakah prosedur-prosedur yang terlibat do sepanjang proses pembelian rumah tersebut dari saat anda membayar deposit sehingga anda mendapat kunci. Pastikan berapa lama tempoh yang diambil untuk selesai transaksi pembelian rumah anda
19 – Kenalpasti Jenis Insurans
Kaji beberapa jenis insurans yang anda boleh ambil untuk melindungi pinjaman dan rumah anda. Insurans ini perlu memenuhi matlamat dan bajet anda. Ada insurans yang sesuai untuk rumah yang hendak disimpan lama dan ada yang sesuai untuk rumah yang hendak dijual dalam masa terdekat
20 – Jangan Ragu-Ragu
Apabila anda sudah jumpa rumah yang memenuhi kriteri anda, jangan ambil masa terlalu lama untuk mendapat pendapat dan pandangan orang-orang lain dan lambat membuat keputusan. Jangan tunggu dan lihat kalau-kalau harga pasaran akan menurun atau ekonomi akan turun kerana hartanah yang sangat baik takkan kekal lama.