Semenyih South – Pusat Greater KL Bergerak ke Selatan
Semenyih South – Pusat Greater KL Bergerak ke Selatan
Bahagian 2
Sebelum ini kita bercerita tentang Kuala Lumpur. Selepas itu Lembah Kelang. Sekarang biasakan diri untuk bercakap tentang Greater KL pulak. Kalau kita tengok peta Greater KL yang dibuat oleh Ho Chin Soon Research, kita dapat lihat yang pusat atau titik tengah kepada pembangunan Greater KL sedang bergerak ke arah Selatan Greater KL.
Pergerakan ini disebabkan oleh rancaknya pembangunan di sekitar KLIA, Cyberjaya, Putrajaya, Bangi, Kajang dan Semenyih.
Di Semenyih sahaja terdapat banyak perbandaran (township) baru yang sedang dan akan dibangunkan oleh pemaju-pemaju besar. Antaranya :
1. EcoHill. Pemaju: SP Setia. 675 ekar
2. Garden City. Pemaju: Country Garden. 723 ekar
3. Broga Villa. Pemaju: Island and Peninsular.: ~ 200 ekar
4. Mutiara Hill. Pemaju: Boustead. ~ 1700 ekar
5. Glengowrie Estate. Pemaju: Sime Darby. 803 ekar
6. Ecohill 2 @ Setia Emas. Pemaju: SP Setia. 1011 ekar
7. Ecomajestic. Pemaju: Ecoworld.1543 ekar
8. Ecomajestic 2. Pemaju: Ecoworld. 484 ekar
9. Pelangi Semenyih 2. Pemaju: MKH.~ 200 ekar
10. Semenyih South. Pemaju: UMLand. ~ 300 ekar
Tips Hartanah :
Hartanah di dalam perbandaran (township) lebih mahal sedikit berbanding hartanah di sekeliling. Tetapi hartanah di dalam perbandaran dibina oleh pemaju besar yang mempunyai rekod pembangunan yang boleh dipercayai.
Lagi Tips Hartanah Semenyih :
Tesco Semenyih
Lebuhraya LEKAS
Tol Semenyih
Tol EcoMajestic
Semenyih South Bypass
=====================================================================
Siapa Aziz Ahmad
Aziz Ahmad ialah pengasas Hartanahguru dan ejen hartanah berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah (LPPEH). Beliau juga adalah Pengurus di RESCOM Realty dan Ketua RESCOM Research. Beliau sering bergandingan bersama pasangannya Ross RESCOM dan dikenali sebagai Ross Aziz RESCOM. Dengan pengalaman bersama lebih dari 14 tahun dalam bidang hartanah, beliau telah membantu ramai klien membeli dan menjual hartanah idaman mereka. Aziz Ahmad juga sering memberi ceramah dan seminar berkaitan hartanah di pentas-pentas ekspo hartanah dan majlis pemaju. Untuk mendapatkan lebih banyak lagi tip hartanah, sila layari www.hartanahguru.com.