Ejen Hartanah (Real Estate Agent) Bangi, Kajang, Sepang, Semenyih, Putrajaya, Cyberjaya, Puchong, Nilai

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Ross Aziz hartanahguruTerlebih dahulu kami ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi melawat Hartanahguru.com. Izinkan kami perkenalkan siapa kami. Bak kata orang , tak kenal maka tak cinta.

Ross Aziz adalah gabungan dua nama iaitu Ross atau nama penuhnya Rosila Binti Muji dan Aziz atau nama penuhnya Abdul Aziz Bin Ahmad. Ross dan Aziz adalah gandingan usahasama yang begitu intim dalam merealisasikan impian mereka berdua. Maka terbentuklah nama Ross Aziz yang tidak dapat dipisahkan.

Ross Aziz merupakan ejen hartanah berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah atau lebih dikenali sebagai LPPEH, di bawah Kementerian Kewangan. Ross Aziz bernaung di bawah syarikat hartanah bernama RESCOM Realty. Ross Aziz juga dikenali sebagai Ross Rescom atau Aziz Rescom atau Ross Aziz Rescom. Dengan pengalaman lebih lima tahun di dalam bidang hartanah, Ross Aziz telah melalui pelbagai pengalaman yang sungguh bermakna dalam membantu pemilik rumah menjual rumah mereka dan membantu pembeli membeli rumah idaman mereka. Pengalaman ini tidak dapat dinilai dengan wang ringgit. Ross Aziz telah berbelanja berpuluh ribu ringgit dan meluangkan masa bertahun-tahun mengumpul pengalaman berharga dalam urusan transaksi hartanah.

Harapan kami agar anda mendapat maklumat yang anda cari berkenaan hartanah di dalam website ini. Mungkin anda belum sempat melayari keseluruhan website ini, tetapi izinkan saya kongsikan serba-sedikit ringkasan kandungan di dalam website ini sebagai panduan anda.

Website ini mengandungi senarai hartanah-hartanah subsale untuk dijual. Ia meliputi rumah teres, semi-D, bungalow, apartment, condominium, kedai, tanah lot bungalow, tanah pertanian dan tanah untuk pembangunan. Kebanyakannya senarai hartanah ini adalah di kawasan Bangi, Kajang, Sepang, Semenyih, Putrajaya, Cyberjaya, Puchong, Nilai Negeri Sembilan dan sekitarnya. Terdapat juga hartanah yang berada di luar kawasan tersebut. Anda boleh membuat carian mengikut kategori jenis hartanah, harga dan status hartanah tersebut.

Selain dari senarai hartanah subsale untuk dijual, anda juga mencari senarai hartanah-hartanah yang baru dilancarkan untuk pembangunan oleh pemaju. Semua maklumat lengkap berkenaan projek pembangunan baru itu anda boleh dapatkannya dengan menghubungi sendiri pihak pemaju.

Hartanahguru.com juga memberikan pelbagai maklumat berkenaan hartanah melalui laman blog nya. Anda boleh dapatkan tip-tip dan panduan sebagai penjual rumah dan pembeli rumah. Tip-tip ini amat berharga kerana ianya boleh dijadikan panduan kepada anda untuk melaksanakan urusan jual atau beli hartanah tanpa rasa ragu dan takut ditipu oleh mana-mana pihak. Kami pasti anda tidak mahu kerugian berpuluh-puluh ribu ringgit dalam urusan jual-beli hartanah akibat ketidakpekaan anda sendiri.

Blog Hartanahguru.com juga menyediakan senarai sejarah harga rumah daripada pemaju semasa dilancarkan satu ketika dahulu. Ini mungkin berguna kepada anda untuk membuat analisa dan perbandingan harga dahulu dan sekarang semasa membuat keputusan menjual atau membeli hartanah.

Kami harapkan agar anda mendapat manfaat daripada website ini. Kami juga mengalu-alukan komen dan cadangan bagi menambahbaik kandungan website ini. Beritahu kami apa yang anda ingin tahu berkenaan hartanah. InsyaAllah kami akan cuba bantu anda dapatkan maklumat tersebut dan kami akan kongksikan di website ini.

Akhir kata, kami doakan agar anda sentiasa ceria dan sukses selalu. Kami juga mengalu-alukan anda LIKE facebook page Hartanahguru dan berinteraksi dengan kami di sana.

Hartanahguru FB Cover

Copyright by Ross Aziz Consultancy