Oleh Ross Aziz RESCOM
Tax RPGT ( Real Property Gain Tax)/ CKHT ( Cukai ke atas Hartanah )
RPGT ialah tax yang perlu dibayar kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri sekiranya rumah anda dijual kurang daripada lima tahun. Tax ini dikira daripada untung bersih hasil daripada jualan rumah anda. Untung bersih ini dikira setelah mengira untung kasar ditolak dengan semua kos-kos yang berkaitan seperti bayaran guaman, penalti bank, komisen ejen hartanah, kos ubahsuai dan sebagainya. Kadar tax ini berubah-ubah dari tahun ke tahun. Kadang-kadang kerajaan memberikan rebet untuk ditolak daripada kiraan itu. Jadi tanya peguam anda berapa kadar terkini dan cara kiraannya.
Pada ketika artikel ini ditulis, kadar RPGT adalah seperti berikut :
Tahun Pertama 15%
Tahun Kedua 15%
Tahun Ketiga 10 %
Tahun Keempat 10%
Tahun Kelima 10%
Rebet RM 10K
Contoh : Rumah anda dijual pada Tahun Ketiga
Harga beli RM200,000
Harga jual RM400,000
Guaman ketika beli RM 5,000
Guaman ketika jual RM 3,000
Komisen Ejen RM 12,000
Kos ubahsuai rumah RM 90,000
Kiraan RPGT
Harga jual – Harga beli = RM 400,000 – 200,000 = RM 200,000
(-) Rebet = RM 200,000 – 10,000 = RM 190,000
(-) Guaman ketika beli = RM 190,000 – 5,000 = RM 185,000
(-) Guaman ketika jual = RM 185,000 – 3,000 = RM 182,000
(-) Komisen Ejen = RM 182,000 – 12,000 = RM 170,000
(-) Kos ubahsuai = RM 170,000 – 90,000 = RM 80,000
(-) Penalti bank = RM 80,000 – 5,000 = RM 75,000
Tax RPGT = 10 % x RM 75,000 = RM 7,500
Anda suka artikel ini ? Forward dan kongsikan dengan rakan-rakan anda.
Mengenai Penulis
Ross Aziz adalah ejen hartanah sepenuh masa di bawah agensi RESCOM Realty. Untuk senarai hartanah sila layari www.hartanahguru.com. Anda juga dialu-alukan untuk berinteraksi dengan Ross Aziz di www.facebook.com/hartanahguru.