Tips Hartanah : Semenyih South – Tesco Semenyih Booster Hartanah

Semenyih South – Tesco Semenyih

Tesco Semenyih

Ketahui Bagaimana Booster Hartanah seperti Tesco Semenyih mempengaruhi harga hartanah.

Semenyih South – Tesco Semenyih

Hartanah Semenyih pernah berada dalam kegelapan selama lebih kurang 10 tahun. Saya panggil peristiwa ini “Semenyih Sedekad dalam kegelapan”. Siapa yang beli rumah di Bandar Rinching atau Bandar Tasik Kesuma pada permulaannya ramai yang kecewa sebab harga rumah mereka tak naik harga pun. Sewa pun rendah. Ramai yang menjual rumah mereka pada harga rugi. Ada yang terpaksa menjual rumah mereka kerana tak sanggup lagi membayar hutang bank.

Sehingga Tesco Semenyih dibuka pada tahun 2007. Tesco sebagai Hypermarket menjadi “Booster” atau Pemangkin baru kepada pasaran hartanah di Semenyih. Semenjak itu, harga rumah di Semenyih mula naik.

Antara yang mendapat tempias daripada “Booster” ini ialah Bandar Rinching, Bandar Tasik Kesuma dan Pelangi Semenyih.

Tesco pasti telah buat kajian mendalam mengenai populasi penduduk Semenyih sehingga berani membuka Hypermarket di situ. Pelaburan besar ini nampaknya dah berbaloi-baloi untuk Tesco dan penduduk sekitar

Tips Hartanah :
Rumah berdekatan Hypermarket lebih bernilai tinggi berbanding rumah yang jauh dari hypermarket

Lagi Tips Hartanah Semenyih :

Tesco Semenyih
Lebuhraya LEKAS
Tol Semenyih
Tol EcoMajestic
Semenyih South Bypass

=====================================================================

Siapa Aziz Ahmad

Aziz Ahmad ialah pengasas Hartanahguru dan ejen hartanah berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah (LPPEH). Beliau juga adalah Pengurus di RESCOM Realty dan Ketua RESCOM Research. Beliau sering bergandingan bersama pasangannya Ross RESCOM dan dikenali sebagai Ross Aziz RESCOM. Dengan pengalaman bersama lebih dari 14 tahun dalam bidang hartanah, beliau telah membantu ramai klien membeli dan menjual hartanah idaman mereka. Aziz Ahmad juga sering memberi ceramah dan seminar berkaitan hartanah di pentas-pentas ekspo hartanah dan majlis pemaju. Untuk mendapatkan lebih banyak lagi tip hartanah, sila layari www.hartanahguru.com.

Follow Facebook Aziz Ahmad

AZIZ advisor

Copyright by Ross Aziz Consultancy