PERKARA YANG PERLU ANDA LAKUKAN SEBELUM PEMBELI DATANG MELAWAT
Anda seharusnya tahu bila pembeli akan datang melawat rumah anda supaya senang untuk anda membuat persediaan berikut :
- Rancang masa untuk memasak sebelum atau selepas pembeli datang melawat. Ini untuk mengelakkan dapur anda berminyak, bersepah dan berbau
- Rancang masa untuk makan. Anda tidak mahu makan malam atau makan tengahari bersama keluarga anda terganggu
- Rancang masa mandi anak-anak anda selepas pembeli datang melawat. Ini untuk mengelakkan bilik air anda basah. Kawasan di luar bilik air anda juga mungkin akan basah
- Sekiranya anak-anak anda sukar untuk dikawal, minta pasangan atau pembantu rumah anda bawa anak-anak anda bersiar-siar atau bermain di luar rumah sebelum pembeli datang melawat. Dikhuatiri anak-anak mengganggu proses lawatan itu nanti
- Kemas dan susun kasut, pasu, basikal dan motorsikal. Parkir kereta anda di luar rumah. Pembeli akan rasa seperti dialu-alukan apabia melihat laman rumah anda kemas dan luas
- Angkat kain di jemuran. Keluarkan kain yang direndam di dalam bilik air. Berikan ruang kepada rumah anda
Anda suka artikel ini ? Forward dan kongsikan dengan rakan-rakan anda.
Mengenai Penulis
Ross Aziz adalah ejen hartanah sepenuh masa di bawah agensi RESCOM Realty. Untuk senarai hartanah sila layari www.hartanahguru.com. Anda juga dialu-alukan untuk berinteraksi dengan Ross Aziz di www.facebook.com/hartanahguru.