Oleh Ross Aziz RESCOM
Anda boleh menjual sendiri rumah anda atau melantik ejen hartanah berdaftar dan berpengalaman untuk menjualkannya. Prosedurnya adalah seperti berikut :
- Apabila pembeli setuju membeli rumah, mereka akan membayar 3% duit booking atas nama agensi ejen hartanah anda. Agensi ejen hartanah anda bertindak sebagai pemegang amanah sehingga Perjanjian Jual Beli rumah anda ditandatangi oleh pembeli dan penjual.
- Selepas pembeli membuat bayaran booking, mereka akan menandatangani Letter Offer to Purchase atau surat tawaran untuk membeli yang disediakan oleh ejen hartanah anda. Anda juga perlu menandatangani surat tersebut tanda persetujuan urusan jual beli dengan terma dan syarat yang terkandung di dalam surat tersebut.
- Seterusnya ialah pembeli dan penjual akan menandatangani Surat Perjanjian Jual Beli dalam masa 14 hari. Ketika ini, pembeli akan membayar 7% deposit kepada penjual melalui pihak peguam. Anda akan menerima surat perjanjian tersebut selepas ianya dimatikan stem.
- Selepas tandatangan surat perjanjian jual beli, proses seterusnya bergantung kepada status Geran anda. Pihak peguam akan menyelesaikan dahulu status-status yang berkenaan di dalam geran anda. Status-status ini termasuklah status Freehold (Pegangan Bebas) atau Leasehold (Pajakan), Master Title atau Individual / Strata Title, Malay Reserved (Resab Melayu) dan status-status lain.
- Selepas isu geran tadi diselesaikan, pihak pembeli atau bank pemberi pinjaman pembeli perlu menjelaskan baki 90% harga jualan rumah anda dalam masa 90 hari. Semua urusan ini diuruskan oleh peguam.
- Sekiranya pihak pembeli tidak dapat menyelesaikannya dalam masa 90 hari, maka pembeli akan diberi tambahan masa selama 30 hari, tetapi penalti sebanyak 8-10% setahun dikenakan ke atas pembeli.
- Sebelum kunci diserahkan secara rasmi oleh pihak peguam kepada pembeli, pihak peguam akan memastikan yang semua baki pinjaman penjual telah dilunaskan dan semua bil-bil dan cukai-cukai yang di bawah tanggungan penjual dilunaskan terlebih dahulu. Kemudian baru kunci diserahkan secara rasmi.
Anda suka artikel ini ? Forward dan kongsikan dengan rakan-rakan anda.
Mengenai Penulis
Ross Aziz adalah ejen hartanah sepenuh masa di bawah agensi RESCOM Realty. Untuk senarai hartanah sila layari www.hartanahguru.com. Anda juga dialu-alukan untuk berinteraksi dengan Ross Aziz di www.facebook.com/hartanahguru.