Tax RPGT ( Real Property Gain Tax)/ CKHT ( Cukai ke atas Hartanah )

Oleh Ross Aziz RESCOM

Tax RPGT ( Real Property Gain Tax)/ CKHT ( Cukai ke atas Hartanah )

income-tax_1RPGT ialah tax yang perlu dibayar kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri sekiranya rumah anda dijual kurang daripada lima tahun. Tax ini dikira daripada untung bersih hasil daripada jualan rumah anda. Untung bersih ini dikira setelah mengira untung kasar ditolak dengan semua kos-kos yang berkaitan seperti bayaran guaman, penalti bank, komisen ejen hartanah, kos ubahsuai dan sebagainya. Kadar tax ini berubah-ubah dari tahun ke tahun. Kadang-kadang kerajaan memberikan rebet untuk ditolak daripada kiraan itu. Jadi tanya peguam anda berapa kadar terkini dan cara kiraannya.

 

Pada ketika artikel ini ditulis, kadar RPGT adalah seperti berikut :

Tahun Pertama          15%

Tahun Kedua              15%

Tahun Ketiga              10 %

Tahun Keempat          10%

Tahun Kelima             10%

Rebet                          RM 10K

 

Contoh : Rumah anda dijual pada Tahun Ketiga

Harga beli                  RM200,000

Harga jual                  RM400,000

Guaman ketika beli    RM    5,000

Guaman ketika jual    RM    3,000

Komisen Ejen              RM  12,000

Kos ubahsuai rumah   RM  90,000

Kiraan RPGT

 

Harga jual  – Harga beli         = RM 400,000 – 200,000       = RM 200,000

(-) Rebet                                 = RM 200,000 –   10,000       = RM 190,000

(-) Guaman ketika beli           = RM 190,000 –     5,000       = RM 185,000

(-) Guaman ketika jual           = RM 185,000 –     3,000       = RM 182,000

(-) Komisen Ejen                     = RM 182,000 –   12,000       = RM 170,000

(-) Kos ubahsuai                     = RM 170,000 –   90,000       = RM   80,000

(-) Penalti bank                      = RM   80,000 –     5,000       = RM   75,000

 

Tax RPGT                                = 10 % x RM 75,000               = RM     7,500

Anda suka artikel ini ? Forward dan kongsikan dengan rakan-rakan anda.

Mengenai Penulis

Ross Aziz adalah ejen hartanah sepenuh masa di bawah agensi RESCOM Realty. Untuk senarai hartanah sila layari www.hartanahguru.com. Anda juga dialu-alukan untuk berinteraksi dengan Ross Aziz di www.facebook.com/hartanahguru.

Speak Your Mind

*

Copyright by Ross Aziz Consultancy