Tips Hartanah : Semenyih South – Pusat Greater KL Bergerak ke Selatan

Semenyih South – Pusat Greater KL Bergerak ke Selatan

Pusat Greater KL Bergerak ke Selatan

Semenyih South – Pusat Greater KL Bergerak ke Selatan

Bahagian 1

Sebelum ini kita bercerita tentang Kuala Lumpur. Selepas itu Lembah Kelang. Sekarang biasakan diri untuk bercakap tentang Greater KL pulak. Kalau kita tengok peta Greater KL yang dibuat oleh Ho Chin Soon Research, kita dapat lihat yang pusat atau titik tengah kepadah pembangunan Greater KL sedang bergerak ke arah Selatan Greater KL.

Kenapa ?

1. Pergerakan ke timur terbatas kerana faktor geografinya yang bergunung-ganang seperti Banjaran Titiwangsa yang menyukarkan pembangunan

2. Pergerakan ke barat terbatas kerana bertemulaut Selat Melaka di Pelabuhan Kelang

3. Pergerakan ke utara sedikit perlahan kerana pembangunan ekonomi dan industri yang agak perlahan ke bahagian utara

Banyak pembangunan lebih tertumpu di bahagian selatan Greater KL seperti KLIA, CYberjaya, Bangi, Kajang dan Semenyih. Pembangunan banyak tertumpu di bahagian ini kerana banyak pemaju telah berjaya membeli tanah-tanah estet yang luas melebihi 200 ekar untuk membolehkan mereka membina sebuah perbandaran dengan infrastuktur dan kemudahan-kemudahan awam yang teratur dan terancang.

Tips Hartanah :
Hartanah di dalam perbandaran (township) lebih mahal sedikit berbanding hartanah di sekeliling. Tetapi hartanah di dalam perbandaran dibina oleh pemaju besar yang mempunyai rekod pembangunan yang boleh dipercayai. Hartanah ini juga berada dalam perbandaran yang mempunyai banyak kemudahan awam dan komersil yang terancang.

Lagi Tips Hartanah Semenyih :

Tesco Semenyih
Lebuhraya LEKAS
Tol Semenyih
Tol EcoMajestic
Semenyih South Bypass

=====================================================================

Siapa Aziz Ahmad

Aziz Ahmad ialah pengasas Hartanahguru dan ejen hartanah berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah (LPPEH). Beliau juga adalah Pengurus di RESCOM Realty dan Ketua RESCOM Research. Beliau sering bergandingan bersama pasangannya Ross RESCOM dan dikenali sebagai Ross Aziz RESCOM. Dengan pengalaman bersama lebih dari 14 tahun dalam bidang hartanah, beliau telah membantu ramai klien membeli dan menjual hartanah idaman mereka. Aziz Ahmad juga sering memberi ceramah dan seminar berkaitan hartanah di pentas-pentas ekspo hartanah dan majlis pemaju. Untuk mendapatkan lebih banyak lagi tip hartanah, sila layari www.hartanahguru.com.

Follow Facebook Aziz Ahmad

AZIZ advisor

Speak Your Mind

*

Copyright by Ross Aziz Consultancy