Oleh Ross Aziz RESCOM
PERKARA YANG PERLU ANDA LAKUKAN SEBELUM SESSI MENANDATANGANI SURAT PERJANJIAN JUAL-BELI
- Pastikan yang pembeli sudah mendapat kelulusan pinjaman bank. Ini bagi mengelakkan pihak anda atau pembeli kerugian kerana mungkin anda perlu menghanguskan duit deposit 10% pembeli atau anda perlu memulangkan duit deposit tersebut. 10% deposit !!!! Banyak tu… Mungkin boleh jadi gaduh nanti.
- Pastikan anda tidak tersenarai muflis. Ini kerana pertukaran hakmilik tidak boleh dilakukan dan anda perlu memulangkan semua duit deposit pembeli. Anda juga mungkin dikenakan penalti
- Pastikan anda mendapatkan bil cukai tanah, cukai pintu dan cukai pembetungan terkini
- Pastikan anda keluarkan senarai kaveat di dalam geran anda sekiranya ada
Anda suka artikel ini ? Forward dan kongsikan dengan rakan-rakan anda.
Mengenai Penulis
Ross Aziz adalah ejen hartanah sepenuh masa di bawah agensi RESCOM Realty. Untuk senarai hartanah sila layari www.hartanahguru.com. Anda juga dialu-alukan untuk berinteraksi dengan Ross Aziz di www.facebook.com/hartanahguru.