KL South – KLIA Aeropolis Booster Hartanah Salak Tinggi

KL South – KLIA Aeropolis

KLIA Aeropolis

Ketahui bagaimana booster hartanah mempengaruhi harga hartanah

KL South – KLIA Aeropolis

KLIA Aeropolis adalah satu lagi projek MEGA oleh Malaysia Airport Holding Bhd MAHB si kawasan KL South.
Projek Mega seluas 6,750 ekar ini akan membangunkan zon perniagaan komersial, zon komersial bebas, zon institusi dan rekreasi, agro-pelancongan dan taman tema, zon pemuliharaan alam sekitar, kargo dan logistik dan pelancongan kesihatan.

Pembangunan projek-projek ini akan membawa KLIA ke tahap lebih tinggi. Ini sejajar dengan matlamat MAHB yang mahu mempelbagaikan bisnesnya kepada lebih 60% kepada bisnes yang tidak berteraskan penerbangan.

Litar Sepang, KLIA 2, Mitsui Outlet Park dan Kompleks Tabung Haji adalah sebahagian daripada projek yang telah dan sedang dibangunkan di dalam pelan induk KLIA Aeropolis ini.

Projek-projek ini bakal memberi limpahan rezeki kepada pemilik hartanah di sekitar KLIA. Antara Township yang sudah dan bakal dibuka ialah Kota Warisan, Saujana KLIA (Glomac), Puteri Warisan (IOI Properties), KIP Sentral, Sunsuria City (Sunsuria), Serenia City (Sime Darby), Projek I&P dan Salak Perdana (Paramount).

Xiamen University dan Kuala Lumpur International Outlet adalah antara institusi pendidikan dan pusat komersial yang sedang dalam pembinaan di KL South ini.

Lagi Tips Hartanah KLIA :

Kuala Lumpur International Outlet – KLIO
Mitsui Outlet Park – MOP
Kompleks Tabung Haji KLIA
Xiamen University Malaysia Campus
Lebuhraya Paroi – Senawang – KLIA – Salak Tinggi (SKLIA)
Exit Ampar Tenang
KLIA Aeropolis
KLIA 2
Serenia City
Saujana KLIA
Bandar Puteri Warisan
Salak Perdana

=====================================================================

Siapa Aziz Ahmad

Aziz Ahmad ialah pengasas Hartanahguru dan ejen hartanah berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah (LPPEH). Beliau juga adalah Pengurus di RESCOM Realty dan Ketua RESCOM Research. Beliau sering bergandingan bersama pasangannya Ross RESCOM dan dikenali sebagai Ross Aziz RESCOM. Dengan pengalaman bersama lebih dari 14 tahun dalam bidang hartanah, beliau telah membantu ramai klien membeli dan menjual hartanah idaman mereka. Aziz RESCOM juga sering memberi ceramah dan seminar berkaitan hartanah di pentas-pentas ekspo hartanah dan majlis pemaju. Untuk mendapatkan lebih banyak lagi tip hartanah, sila layari www.hartanahguru.com.

Follow Facebook Aziz Ahmad

Speak Your Mind

*

Copyright by Ross Aziz Consultancy