KL South – Xiamen University Malaysia Campus (XMUMC)

KL South – Xiamen University Malaysia Campus (XMUMC)

Xiamen University Malaysia Campus - XMUMC

KL South – Xiamen University Malaysia Campus – XMUMC

Xiamen University adalah Top 20 university di China.
Xiamen University Malaysia Campus adalah kampus keempatnya dan pertama di Malaysia. Sekarang dalam pembinaan di tanah seluas 150 ekar di dalam Perbandaran Sunsuria City seluas lebih 300 ekar.

XMUMC boleh memuatkan 10,000 pelajar dengan 30% daripada adalah pelajar tempatan, 30% pelajar China dan selebihnya dari negara-negara lain.

Lokasinya sangat strategik. Berdekatan persimpangan Lebuhraya ELITE dan Lebuhraya B15 Cyberjaya-KLIA. Susur keluar dari Lebuhraya ELITE akan dibina tidak jauh dari situ. Hanya 10km dari KLIA, Cyberjaya dan Putrajaya. Kedudukannya di tengah-tengah ketiga-tiga lokasi ini. Sangat senang dihubungi oleh ERL di stesen Salak Tinggi.

XMUMC dikelilingi oleh Mega Projek yang sudah dan akan dibina seperti Sunsuria City (Sunsuria), Serenia City (Sime Darby Properties), Puteri Warisan (IOI Properties), Kota Warisan, Saujana KLIA (Glomac), Projek I&P dan Salak Perdana (Paramount). Kuala Lumpur International Outlet – KLIO juga terletak hanya bersebelahannya sahaja. Litar Sepang hanya 10km sahaja.

XMUMC menjadi satu lagi Pemangkin yang merancakkan perkembangan pasaran hartanah di sekitar KLIA. Seperti ramai yang tahu, pelabur hartanah suka kepada lokasi yang ada institusi pengajian tinggi, pusat membeli-belah dengan sistem perhubungan awam yang memudahkannya dihubungi

Lagi Tips Hartanah KLIA :

Kuala Lumpur International Outlet – KLIO
Mitsui Outlet Park – MOP
Kompleks Tabung Haji KLIA
Xiamen University Malaysia Campus
Lebuhraya Paroi – Senawang – KLIA – Salak Tinggi (SKLIA)
Exit Ampar Tenang
KLIA Aeropolis
KLIA 2
Serenia City
Saujana KLIA
Bandar Puteri Warisan
Salak Perdana

=====================================================================

Siapa Aziz RESCOM

Aziz RESCOM ialah pengasas Hartanahguru dan ejen hartanah berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah (LPPEH). Beliau juga adalah Pengurus di RESCOM Realty dan Ketua RESCOM Research. Beliau sering bergandingan bersama pasangannya Ross RESCOM dan dikenali sebagai Ross Aziz RESCOM. Dengan pengalaman bersama lebih dari 14 tahun dalam bidang hartanah, beliau telah membantu ramai klien membeli dan menjual hartanah idaman mereka. Aziz RESCOM juga sering memberi ceramah dan seminar berkaitan hartanah di pentas-pentas ekspo hartanah dan majlis pemaju. Untuk mendapatkan lebih banyak lagi tip hartanah, sila layari www.hartanahguru.com.

Like us on Facebook

Hartanahguru FB Cover

Speak Your Mind

*

Copyright by Ross Aziz Consultancy