KL South – Kompleks Tabung Haji KLIA

KL South – Kompleks Tabung Haji KLIA

Kompleks Tabung Haji KLIA

KL South – Kompleks Tabung Haji KLIA

Kompleks Tabung Haji yang sedang dibina di KLIA akan menggantikan Kompleks Tabung Haji di Kelana Jaya. Kemudahan yang terletak di atas tapak seluas 15.73 ekar itu akan dilengkapi dengan galeri haji, dewan serbaguna, pejabat pentadbiran, pusat konvensyen dan seminar, pusat sukan dan cawangan Bank Islam

Lokasinya sangat strategik. Terletak bersebelahan Masjid Sultan Abdul Samad KLIA yang hanya 5km dari KLIA. Mudah dihubungi melalui Lebuhraya KLIA-Nilai, Lebuhraya B15 Cyberjaya-KLIA dan Lebuhraya Elite.

Dikelilingi oleh Perbandaran yang sudah dan bakal dibuka antaranya Kota Warisan, Saujana KLIA (Glomac), Puteri Warisan (IOI Properties), KIP Sentral, Sunsuria City (Sunsuria), Serenia City (Sime Darby), Projek I&P dan Salak Perdana (Paramount).

Apabila siap nanti (dijangka dalam tahun 2016), Kompleks Tabung Haji ini menjadi tumpuan jemaah haji serta keluarga dan pengunjung konvensyen tanpa musim. Hotel dengan 333 bilik mungkin tidak mampu menampung jumlah pengunjung yang ramai di waktu puncak.

Ini menjadikan industri homestay dan perhotelan di sekitar KLIA mendapat pemintaan yang tinggi. Dan KLIA sekali lagi menjadi tempat tumpuan pelancong dalam negara yang boleh pergi membeli-belah di Premium Outlet Mitsui Outlet Park – MOP dan Kuala Lumpur International Outlet – KLIO yang terletak berdekatan

Lagi Tips Hartanah KLIA :

Kuala Lumpur International Outlet – KLIO
Mitsui Outlet Park – MOP
Kompleks Tabung Haji KLIA
Xiamen University Malaysia Campus
Lebuhraya Paroi – Senawang – KLIA – Salak Tinggi (SKLIA)
Exit Ampar Tenang
KLIA Aeropolis
KLIA 2
Serenia City
Saujana KLIA
Bandar Puteri Warisan
Salak Perdana

=====================================================================

Siapa Aziz RESCOM

Aziz RESCOM ialah pengasas Hartanahguru dan ejen hartanah berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah (LPPEH). Beliau juga adalah Pengurus di RESCOM Realty dan Ketua RESCOM Research. Beliau sering bergandingan bersama pasangannya Ross RESCOM dan dikenali sebagai Ross Aziz RESCOM. Dengan pengalaman bersama lebih dari 14 tahun dalam bidang hartanah, beliau telah membantu ramai klien membeli dan menjual hartanah idaman mereka. Aziz RESCOM juga sering memberi ceramah dan seminar berkaitan hartanah di pentas-pentas ekspo hartanah dan majlis pemaju. Untuk mendapatkan lebih banyak lagi tip hartanah, sila layari www.hartanahguru.com.

Like us on Facebook

Hartanahguru FB Cover

Speak Your Mind

*

Copyright by Ross Aziz Consultancy