KL South – Salak Perdana

KL South – Salak Perdana

Salak Perdana

Salak Perdana

Dahulu Taman Kenanga adalah projek terbengkalai semenjak tahun 1998.
Kemudian NCity ambil alih dan bina Salak Perdana. Mereka yang beli teres Taman Kenanga tahun 1998 beli pada harga lebih kurang RM110K. Bila NCity ambil alih, mereka perlu tambah sekitar RM40K. Total harga RM150K. Bulan Jun yang lepas saya jual Teres Salak Perdana pada harga RM390K. Hari ini harga teres Salak Perdana 20×70 tak kurang RM400K. NCity tidak lagi meneruskan projek Salak Perdana.

Kini Paramount Property telah ambil alih tanah seluas 230ekar dan akan bangunkan Greenwood @ Salak Perdana. Fasa pertama akan dilancarkan tidak lama lagi. Dengan design moden dan 4 bilik, 4 bilik air.

Di Bandar Baru Salak Tinggi, cuma ada 2 taman sahaja yang Freehold iaitu Taman Dahlia dan Taman Salak Perdana. Tak lama lagi akan ada Highway baru iaitu Highway Paroi-Senawang-KLIA-Salak Tinggi atau dikenali sebagai SKLIA. Exitnya tidak jauh dari Salak Perdana. Di mana ada Freehold di situ ada pencari rumah.

Lagi Tips Hartanah KLIA :

Kuala Lumpur International Outlet – KLIO
Mitsui Outlet Park – MOP
Kompleks Tabung Haji KLIA
Xiamen University Malaysia Campus
Lebuhraya Paroi – Senawang – KLIA – Salak Tinggi (SKLIA)
Exit Ampar Tenang
KLIA Aeropolis
KLIA 2
Serenia City
Saujana KLIA
Bandar Puteri Warisan
Salak Perdana

=====================================================================

Siapa Aziz Ahmad

Aziz Ahmad ialah pengasas Hartanahguru dan ejen hartanah berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah (LPPEH). Beliau juga adalah Pengurus di RESCOM Realty dan Ketua RESCOM Research. Beliau sering bergandingan bersama pasangannya Ross RESCOM dan dikenali sebagai Ross Aziz RESCOM. Dengan pengalaman bersama lebih dari 14 tahun dalam bidang hartanah, beliau telah membantu ramai klien membeli dan menjual hartanah idaman mereka. Aziz Ahmad juga sering memberi ceramah dan seminar berkaitan hartanah di pentas-pentas ekspo hartanah dan majlis pemaju. Untuk mendapatkan lebih banyak lagi tip hartanah, sila layari www.hartanahguru.com.

Follow Facebook Aziz Ahmad

AZIZ advisor

Speak Your Mind

*

Copyright by Ross Aziz Consultancy